Tuesday, 12 September 2017

Aktiviti Bulan Kemerdekaan (3) 国庆月庆祝活动 (3)

Aktiviti Bulan Kemerdekaan (3)

国庆月庆祝活动(3)

Aktiviti Jom, Kayuh Basikal Menyambut Hari Kebangsaan
(骑自行车迎国庆)

学生戴着国庆帽子,骑着自行车游行, 学生们在这次的活动中展露了喜悦和爱国之情。
感谢姐妹团的协助,也老天爷的雨过天晴,让这次活动顺利进行。
         
      Program  mengayuh basikal dijalankan pada 16 Ogos 2017 pada pukul 4.30 petang. Tujuan program ini untuk menyuntik semangat kemerdekaan dalam kalangan murid-murid sekolah ini,menanam nilai menghargai alam sekitar dan merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Program ini melibatkan  murid-murid Tahap 2 yang mempunyai basikal. Selain itu, terdapat juga kalangan ibu bapa yang turut mengambil bahagian.

    Kayuhan dilakukan di sekitar Kuala Sanglang sambil murid-murid mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Guru-guru bermotosikal mengawasi pergerakan murid-murid supaya berhemah di jalan raya. Program ini berjalan lancar dengan kerjasama murid-murid dan guru-guru.       Diharapkan melalui program ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa nikmat kemerdekaan yang dirasai oleh generasi hari ini adalah hasil pertumpahan darah dan air mata generasi terdahulu. Oleh itu, kemerdekaan ini perlu dihargai dan dipertahankan oleh generasi  sekarang yang bakal menjadi pemimpin negara kelak. 

































No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA 2019               Pada   14 Jun 2019 (Jumaat) SJK (C) Chin Hun telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Bapa. Tuju...