Wednesday, 8 August 2018
VIDEO PROMOSI PSS SJK (C) CHIN HUN
Sempena Penilaian Pusat
Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Perlis telah menyediakan video promosi PSS SJK (C) Chin Hun.
https://youtu.be/lT-Cx2krAfw
Beberapa penambahbaikan telah diusahakan oleh pihak sekolah pada tahun ini. Antaranya ialah pondok ilmu dan koleksi setempat.
Pada 18.3.2018, kerja pembinaan pondok
ilmu telah dimulakan.
Kerja pembinaan pondok
ilmu hanya memakan masa satu minggu.
Pondok ilmu ini bukan
sahaja digunakan sebagai kaunter perpustakaan bergerak sekolah, ia juga
digunakan semasa PdPc dijalankan. Pondok ilmu juga digunakan oleh guru semasa
persediaan syarahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.
Kuala Sanglang ialah sebuah kampung nelayan, maka
koleksi setempat yang disediakan adalah bertemakan perikanan.
Tuesday, 7 August 2018
KEJOHANAN TAHUNAN OLAHRAGA SEKOLAH 2018
2018年振汉学校运动会
虽说这只不过是小小的运动会,却蕴藏着天大的体育精神呢!小小运动员,不畏灼热的烈日,不畏雨后烂泥乱溅的草场,不畏输了比赛的眼光,不畏跌倒的痛楚,依然带着笑容,拼命去完成每一项的比赛。假如有一天,同学们长大了,遇到很大的挫折,那么请看回这些照片,找回自己的初心吧!跌到了,没什么大不了,再爬起来就是了! 当然也要恭喜获取胜利的同学,证明了你们的努力是没有白费的。强者,鞭策自己,越战越强;败者,提升自己,越挫越勇吧!
KEJOHANAN TAHUNAN OLAHRAGA SEKOLAH 2018
Sukan
memainkan peranan penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan ,
murid-murid bukan sahaja mencapai kecemerlangan dalam bidang ini sahaja malahan
dapat melahirkan murid yang berdisiplin, berkepimpinan dan bersosial secara
sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Atas kesedaran
inilah, maka SJK (C) Chin Hun telah
menganjurkan Kejohanan Tahunan Olahraga peringkat sekolah pada 3 dan 4 Mei 2018
untuk melengkapkan takwim sekolah
pada setiap tahun.
Rasional
Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah diadakan untuk melahirkan generasi yang
berketrampilan serta mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu, memberi peluang
kepada murid-murid mengasah bakat dan kebolehan untuk mengharumkan rumah sukan
melalui acara yang disertai. Selaras dengan matlamat ke arah melahirkan Satu
Murid Satu Sukan , diharapkan dapat melahirkan atlet-atlet sekolah yang
berbakat sebagai barisan pelapis pada tahun hadapan.
Murid-murid yang menyertai acara pada hari tersebut adalah murid-murid
yang telah menyertai Sukan Tara. Bagi acara lompat jauh dan lontar peluru, 6
peserta lelaki dan 4 peserta perempuan
yang mendapat catatan yang terbaik dalam
sukan tara telah dipilih memasuki
Kejohanan Tahunan Olahraga
Sekolah. Bagi acara larian 100m lelaki dan perempuan, 4 peserta terbaik
telah dipilih. Peserta yang bertanding dalam acara larian 100m juga dipilh
untuk bertanding dalam acara larian 200m. Acara Larian 4x50m (Campuran),
Berlari Dalam Guni (Campuran) dan Larian 4x100m (lelaki) telah dijalankan
secara pertandingan antara rumah. Catatan mata Sukan Tara dan sumbangan mata
Johan (4), Naib Johan (3), Tempat Ketiga (2) dan Tempat Keempat (4) dikumpulkan
mengikut rumah sukan untuk penentuan Johan Keseluruhan Kejohanan Tahunan
Olahraga Sekolah.
Kejohanan Tahunan Olahraga
Sekolah telah dijalankan pada hari Khamis untuk saringan awal (3.00
petang) dan saringan akhir pada hari Jumaat (7.45 pagi). Murid-murid telah
mengambil bahagian dengan semangat kesukanan yang tinggi. Acara pada hari
Jumaat dimulakan dengan perbarisan rumah sukan iaitu rumah Merah, Hijau, Kuning
dan Biru melakukan lintas hormat. Kemudian barulah diteruskan dengan acara
sukan.
Untuk
memeriahkan acara sukan, pihak sekolah telah mengadakan acara untuk ibu bapa
iaitu acara Larian Manis dan Pindah Oh Pindah. Sambutan daripada ibu bapa
sangat menggalakkan dan ramai yang ingin mengambil bahagian. Sokongan dan
kerjasama daripada ibu bapa adalah sumber kekuatan untuk Penglibatan Ibu bapa
dan Komuniti (PIBK) sekolah.
Majlis
diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Mohd Irfan
telah dipilih sebagai Olahragawan manakala Kirithiga dipilih sebagai
Olahragawati sekolah. Rumah Merah telah diumumkan sebagai Johan keseluruhan
dengan jumlah pungutan mata sebanyak 48 mata.
Secara
keseluruhannya, kejohanan kali ini berjalan lancar dan meriah walaupun diadakan
secara kecil-kecilan. Kerjasama erat daripada guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid merupakan kekuatan yang membolehkan kejohanan ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018 (越野赛跑)
越野赛跑
2018年度越野赛跑在20.4那天顺利进行。当天早上,阳光明媚,晴 空万里,个个精神抖擞迎接这场越野赛跑。感谢董家协及家 长的出席及参与。大大的赞给双弄健身操姐妹团,谢谢你们 带动学生热身。同学们都展现最好的体育精神把赛程完成。 你们真的很棒!!
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu
aktiviti tahunan SJK (C) Chin Hun yang sering mendapat sambutan dan sokongan
yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah dengan melibatkan semua murid dari
Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kejohanan Merentas Desa ini
diadakan berlandaskan beberapa objektif antaranya adalah untuk :
* Memenuhi takwim sekolah dengan mengadakan acara merentas desa sebagai acara
tahunan.
* Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas.
* Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dengan ibu bapa, PIBG
dan murid-murid.
* Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat kesukanan.
Aktiviti dimulakan dengan
acara senam robik yang dikendalikan oleh Kumpulan Sisters Kuala Sanglang.
Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Murid-murid
turut melakukan senam robik bersama-sama.
Seterusnya, Cikgu Goe En En memberikan taklimat tentang perjalanan
Kejohanan Merentas Desa sementara menunggu para petugas bersedia di check point
masing-masing. Murid-murid dilepaskan mengikut kategori iaitu kategori tahap 1
dan selang 10 minit kategori tahap 2 dan seterusnya kategori terbuka untuk ibu bapa. En. Quek Chuan An
iaitu Pengerusi PIBG dan Pengurus Lembaga Sekolah telah melepaskan para
peserta.
Para peserta dapat menamatkan
larian tanpa sebarang masalah. Para peserta menunjukkkan kesungguhan dan
mengambil bahagian dengan penuh semangat. Seterusnya, Kejohanan Merentas Desa
diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang (rujuk lampiran).
Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun hadapan untuk
melahirkan modal insan yang cergas fizikal dan cerdas minda.
Subscribe to:
Comments (Atom)
SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA 2019 Pada 14 Jun 2019 (Jumaat) SJK (C) Chin Hun telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Bapa. Tuju...
-
KEM INTENSIF GENDANG 24 MUSIM Pada 17hb Mac 2018, Kem Intensif Gendang 24 Musim telah bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 p...
-
吉华独中下乡服务计划 Khidmat masyarakat smk(p) keat hwa 由吉华独中和振汉小学主办的吉华独中下乡服务计划在 2.9.2017 (星期六)顺利进行。 ASTRO 的《校园报报看》团...
-
新春活动 配合戊戌年的来临,本校举办挥春比赛、制作梅花树和红包吊饰比赛的新春活动,让校园里顿时洋溢着欢乐的新年气氛。 今年本校很荣幸能够邀请郭春安老师亲临指导学生挥春的技巧,并带领学生一同挥春迎接新年,以让学生感受中华美丽的传统艺术文化。对于同学们来说...










