越野赛跑
2018年度越野赛跑在20.4那天顺利进行。当天早上,阳光明媚,晴空万里,个个精神抖擞迎接这场越野赛跑。感谢董家协及家长的出席及参与。大大的赞给双弄健身操姐妹团,谢谢你们带动学生热身。同学们都展现最好的体育精神把赛程完成。你们真的很棒!!
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu
aktiviti tahunan SJK (C) Chin Hun yang sering mendapat sambutan dan sokongan
yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah dengan melibatkan semua murid dari
Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kejohanan Merentas Desa ini
diadakan berlandaskan beberapa objektif antaranya adalah untuk :
* Memenuhi takwim sekolah dengan mengadakan acara merentas desa sebagai acara
tahunan.
* Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas.
* Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dengan ibu bapa, PIBG
dan murid-murid.
* Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat kesukanan.
Aktiviti dimulakan dengan
acara senam robik yang dikendalikan oleh Kumpulan Sisters Kuala Sanglang.
Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Murid-murid
turut melakukan senam robik bersama-sama.
Seterusnya, Cikgu Goe En En memberikan taklimat tentang perjalanan
Kejohanan Merentas Desa sementara menunggu para petugas bersedia di check point
masing-masing. Murid-murid dilepaskan mengikut kategori iaitu kategori tahap 1
dan selang 10 minit kategori tahap 2 dan seterusnya kategori terbuka untuk ibu bapa. En. Quek Chuan An
iaitu Pengerusi PIBG dan Pengurus Lembaga Sekolah telah melepaskan para
peserta.
Para peserta dapat menamatkan
larian tanpa sebarang masalah. Para peserta menunjukkkan kesungguhan dan
mengambil bahagian dengan penuh semangat. Seterusnya, Kejohanan Merentas Desa
diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang (rujuk lampiran).
Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun hadapan untuk
melahirkan modal insan yang cergas fizikal dan cerdas minda.























No comments:
Post a Comment