Tuesday, 7 August 2018

KEJOHANAN TAHUNAN OLAHRAGA SEKOLAH 2018

2018年振汉学校运动会

虽说这只不过是小小的运动会,却蕴藏着天大的体育精神呢!小小运动员,不畏灼热的烈日,不畏雨后烂泥乱溅的草场,不畏输了比赛的眼光,不畏跌倒的痛楚,依然带着笑容,拼命去完成每一项的比赛。假如有一天,同学们长大了,遇到很大的挫折,那么请看回这些照片,找回自己的初心吧!跌到了,没什么大不了,再爬起来就是了! 当然也要恭喜获取胜利的同学,证明了你们的努力是没有白费的。强者,鞭策自己,越战越强;败者,提升自己,越挫越勇吧!


KEJOHANAN TAHUNAN OLAHRAGA SEKOLAH 2018

Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan , murid-murid bukan sahaja mencapai kecemerlangan dalam bidang ini sahaja malahan dapat melahirkan murid yang berdisiplin, berkepimpinan dan bersosial secara sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Atas kesedaran inilah,  maka SJK (C) Chin Hun telah menganjurkan Kejohanan Tahunan Olahraga peringkat sekolah pada 3 dan 4  Mei 2018  untuk  melengkapkan takwim sekolah pada setiap tahun.


      Rasional Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah diadakan untuk melahirkan generasi yang berketrampilan serta mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu, memberi peluang kepada murid-murid mengasah bakat dan kebolehan untuk mengharumkan rumah sukan melalui acara yang disertai. Selaras dengan matlamat ke arah melahirkan Satu Murid Satu Sukan , diharapkan dapat melahirkan atlet-atlet sekolah yang berbakat sebagai barisan pelapis pada tahun hadapan.


      Murid-murid yang menyertai acara pada hari tersebut adalah murid-murid yang telah menyertai Sukan Tara. Bagi acara lompat jauh dan lontar peluru, 6 peserta  lelaki dan 4 peserta perempuan yang mendapat catatan yang terbaik  dalam sukan tara telah  dipilih  memasuki  Kejohanan Tahunan Olahraga  Sekolah. Bagi acara larian 100m lelaki dan perempuan, 4 peserta terbaik telah dipilih. Peserta yang bertanding dalam acara larian 100m juga dipilh untuk bertanding dalam acara larian 200m. Acara Larian 4x50m (Campuran), Berlari Dalam Guni (Campuran) dan Larian 4x100m (lelaki) telah dijalankan secara pertandingan antara rumah. Catatan mata Sukan Tara dan sumbangan mata Johan (4), Naib Johan (3), Tempat Ketiga (2) dan Tempat Keempat (4) dikumpulkan mengikut rumah sukan untuk penentuan Johan Keseluruhan Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah.

      Kejohanan Tahunan Olahraga  Sekolah telah dijalankan pada hari Khamis untuk saringan awal (3.00 petang) dan saringan akhir pada hari Jumaat (7.45 pagi). Murid-murid telah mengambil bahagian dengan semangat kesukanan yang tinggi. Acara pada hari Jumaat dimulakan dengan perbarisan rumah sukan iaitu rumah Merah, Hijau, Kuning dan Biru melakukan lintas hormat. Kemudian barulah diteruskan dengan acara sukan.


        Untuk memeriahkan acara sukan, pihak sekolah telah mengadakan acara untuk ibu bapa iaitu acara Larian Manis dan Pindah Oh Pindah. Sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan dan ramai yang ingin mengambil bahagian. Sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa adalah sumber kekuatan untuk Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) sekolah.


     Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Mohd Irfan telah dipilih sebagai Olahragawan manakala Kirithiga dipilih sebagai Olahragawati sekolah. Rumah Merah telah diumumkan sebagai Johan keseluruhan dengan jumlah pungutan mata sebanyak 48 mata. 


     Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini berjalan lancar dan meriah walaupun diadakan secara kecil-kecilan. Kerjasama erat daripada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid merupakan kekuatan yang membolehkan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.






















































No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA 2019               Pada   14 Jun 2019 (Jumaat) SJK (C) Chin Hun telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Bapa. Tuju...