KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2019
Sukan memainkan peranan penting dalam
pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja mencapai
kecemerlangan dalam bidang ini sahaja malahan dapat melahirkan murid yang
berdisiplin, berkepimpinan dan bersosial secara sihat selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Atas
kesedaran inilah, maka SJK (C) Chin Hun telah menganjurkan Kejohanan
Tahunan Olahraga peringkat sekolah pada 2 dan 3
Mei 2019 bagi melengkapkan takwim sekolah pada setiap tahun.
Rasional Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah diadakan untuk melahirkan
generasi yang berketrampilan serta mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu,
memberi peluang kepada murid-murid mengasah bakat dan kebolehan untuk
mengharumkan rumah sukan melalui acara yang disertai. Diharapkan melalui
Kejohanan Tahunan Olahraga ini dapat melahirkan atlet-atlet sekolah yang
berbakat sebagai barisan pelapis pada tahun hadapan.
Murid-murid
yang menyertai acara pada hari tersebut adalah murid-murid yang telah menyertai
Sukan Tara. Bagi acara lompat jauh dan lontar peluru, 6 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan yang mendapat
catatan yang terbaik dalam Sukan Tara telah dipilih memasuki
Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah. Bagi acara larian 100m lelaki dan
perempuan, 4 peserta terbaik telah dipilih. Peserta yang bertanding dalam acara
larian 100m juga dipilh untuk bertanding dalam acara larian 200m.
Acara
Larian 4x50m (Campuran), Berlari Dalam Guni (Campuran) dan Larian 4x100m
(lelaki) telah dijalankan secara pertandingan antara rumah. Kutipan mata acara
Sukan Tara akan dicampurkan dengan mata Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah.
Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah telah dijalankan pada hari Khamis
untuk saringan awal. Peserta yang terpilih akan bertanding untuk peringkat
akhir pada hari Jumaat. Kejohanan Tahunan Olahraga Sekolah dimulakan dengan
perbarisan rumah sukan iaitu rumah Merah, Hijau, Kuning dan Biru melakukan lintas
hormat di hadapan Guru Besar dan guru-guru. Seterusnya, acara sukan pun
dimulakan (rujuk jadual yang disediakan). Murid-murid telah mengambil bahagian
dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Untuk memeriahkan
acara sukan, pihak sekolah telah mengadakan acara untuk ibu bapa iaitu acara
Cinta Berbalas dan Pautan Hati. Sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan
dan ramai yang ingin mengambil bahagian. Sokongan dan kerjasama daripada ibu
bapa adalah sumber kekuatan untuk PIBK sekolah.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan
oleh Guru Besar dan AJK PIBG sekolah. Rumah merah telah dinobatkan sebagai
Johan, Naib Johan disandang oleh Rumah Kuning, manakala tempat ketiga Rumah
Hijau dan tempat keempat Rumah Biru. Atlet terbaik pula disandang oleh
Loganathan A/L Thanabalan.
Kejohanan Sukan Tahunan
berlangsung dengan meriah walaupun diadakan secara kecil-kecilan. Diharapkan,
melalui Kejohanan
Tahunan Olahraga Sekolah ini dapat
mencungkil bakat murid-murid yang
berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment