Kejohanan Merentas Desa 2019
Kejohanan Merentas Desa
merupakan salah satu aktiviti tahunan SJK (C) Chin Hun yang sering
mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah
dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah dengan
melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan
beberapa objektif antaranya adalah untuk :
i) Memenuhi
takwim sekolah dengan mengadakan acara merentas desa sebagai
acara tahunan.
ii) Membina
kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti
sukan bagi membentuk individu yang cergas.
iii) Memupuk
semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dengan ibu bapa,
PIBG dan murid-murid.
iv) Mewujudkan semangat perpaduan dan
kekitaan serta semangat kesukanan.
Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh
guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Perlis seramai tiga orang dan turut disertai oleh kumpulan Sisters Kuala
Sanglang. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Murid-murid turut melakukan senamrobik bersama-sama.
Seterusnya, Cikgu Goe En En memberikan taklimat tentang perjalanan
Kejohanan Merentas Desa sementara menunggu para petugas bersedia di check point
masing-masing. Pada tahun ini, murid-murid akan menggunakan trek laluan yang
baharu. Murid-murid dilepaskan mengikut kategori iaitu kategori tahap 1 dan
selang 10 minit Kategori tahap 2 dan seterusnya kategori terbuka untuk ibu bapa. En Quek Chuan An
iaitu Pengerusi PIBG telah melepaskan
para peserta.
Pada tahun ini, semua murid telah menyertai acara merentas desa. Para
peserta dapat menamatkan larian tanpa sebarang masalah. Para peserta
menunjukkkan kesungguhan dan mengambil bahagian dengan penuh semangat.
Seterusnya, Kejohanan Merentas Desa diakhiri dengan acara penyampaian hadiah
kepada para pemenang (rujuk lampiran). Diharapkan kejohanan ini akan terus
diadakan pada tahun hadapan untuk melahirkan modal insan yang cergas fizikal
dan cerdas minda.








No comments:
Post a Comment