Tuesday, 11 June 2019


Persembahan Gendang 24 Musim Bagi Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 Negeri Perlis 

Anjuran Pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan.


               Pada   14 Februari 2019, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Indera Kayangan Yang Amat Berhormat Gan Ay Ling telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 Negeri Perlis. Majlis juga menjemput Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahren Akashah Khalil, Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Ahli Parlimen Kangar Yang Amat Berhormat Noor Amin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Yang Amat Berhormat Nor Azam Karap dan ADUN Sena Yang Amat Berhormat Asrul Nizan Abdul Jalil sebagai tetamu khas untuk bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina.

            Seramai 12 orang murid SJK (C) Chin Hun telah dijemput untuk  mempersembahkan Gendang 24 Musim . Mereka berkumpul di tempat letak kereta gedung Ten Ten pada pukul 7.30p.m. untuk mengalihkan gendang-gendang ke hadapan pentas. Pada pukul 8.30p.m, persembahan Gendang 24 Musim telah dipersembahkan oleh murid-murid SJK (C) Chin Hun dengan penuh semangat.

        Persembahan tersebut telah mendapat sambutan dan tepukan yang gemuruh daripada para penonton.  Persembahan tersebut telah berjalan dengan lancar,  menarik serta mendapat tepukan yang gemuruh. Murid-murid dapat menunjukkan persembahan yang baik kerana menjalani latihan yang kerap dan telah beberapa kali diundang melakukan persembahan di luar sekolah.


























No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA 2019               Pada   14 Jun 2019 (Jumaat) SJK (C) Chin Hun telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Bapa. Tuju...